Saturday 30 April 2011


Xpe la..byk kan bsabar,Allah melihat pasti tsenyum :)dan aku harus tabah stiap ujian yang dberi..dan aku pcaya Allah pasti mjamin kan yg tbaik utk aku..kat luar sana,pasti ada lelaki yg akan d'jodoh kan dgn aku..esok adalah hari pertunangan C.L..dan mggu dpn pulak adalah hari pkahwinan C.A....!! Apa nak dkata kan,nie la sbuah khidupan yg da tertulis sejak azali lg~ aku ngantok,adam pun da tdo..yg penting mlm nie pun tlh mjadi sbahagian kbahagian dlm idup aku bila aku dpt lepak dgn kwn2..mr.charming pun ada gak td,tu yg buat makin happy,wlupun kbahagian tu hnya menumpang~

Friday 29 April 2011


Before I Was A Mom" – Author Unknown. A mother too, without a doubt.

Before I was a Mom I made and ate hot meals.
I had unstained clothing.
I had quiet conversations on the phone.

Before I was a Mom I slept as late as I wanted.
And never worried about how late I got into bed.
I brushed my hair and my teeth everyday.

Before I was Mom I cleaned my house each day.
I never tripped over toys or forgot words to lullabies.

Before I was a Mom I didn't worry whether or not my plants were poisonous.
I never thought about immunizations.

Before I was a Mom I had never been puked on,
pooped on, spit on, peed on, or pinched by tiny fingers.
Before I was a Mom I had complete control of my mind,
my thoughts, my body and all my feelings.
I slept all night.

Before I was a Mom I never held down a screaming child
so that doctors could do tests or give shots.
I never looked into teary eyes and cried.
I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night watching a baby sleep.

Before I was a Mom I never held a sleeping baby just because I didn't want to put it down.
I never felt my heart break into a million pieces when I couldn't stop the hurt.
I never knew that something so small could affect my life so much.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom.

Before I was a Mom I didn't know the feeling of having my heart outside my body.
I didn't know how special it could feel to feed a hungry baby.
I didn't know that bond between a Mother and her child.
I didn't know that something so small could make me feel so important.

Before I was a Mom I had never gotten up in the middle of the night
every 10 minutes to make sure all was OK.
I had never known the warmth, the joy, the love,
the heartache or the satisfaction of being a Mom.

I didn't know I was capable of feeling so much
Before I was a Mom.

Wednesday 27 April 2011

Kata-kata dan Puisi Tun Mahathir - Melayu Mudah Lupa dan Perjuangan Belum Selesai

Melayu Mudah Lupa

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...



Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Sunday 24 April 2011

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tuesday 19 April 2011

Dengan wang anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan.
Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu.
Dengan wang anda dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli tidur yang lena.
Dengan wang anda dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli pengetahuan.
Dengan wang anda dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli kesihatan.
Dengan wang anda dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli hidup.
Dengan wang anda dapat membeli seks tetapi tidak dapat membeli cinta

Tempayan Yang Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar. Tempayan-tempayan berkenaan bergantung pada kedua-dua hujung sebatang kayu yang dibawa menyilang di atas bahunya. Satu daripada temapayan itu retak dan satu lagi tidak retak.Temapayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air yang penuh setelah perjalanan panjang dari perigi ke rumah majikannya, sedangkan tempayan retak hanya dapat membawa separuh sahaja air dalam temapayan dalam tempoh masa yang sama.

Keadaan ini berterusan setiap hari selama 2 tahun. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air kerumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya. Sebaliknya, si tempayan retak berasa malu sekali kerana keadaannya yang tidak sempurna. Setelah 2 tahun tertekan dengan ketidaksempurnaan dirinya, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, ‘Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin memohon maaf kepadamu.’ ‘Kenapa?’ tanya si pengangkut air. ‘Kenapa kamu berasa malu?’ tambahnya lagi. ‘Selama 2 tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah kandungan air daripada tempayan. Badanku yang retak telah membuatkan air yang dibawa bocor sepanjang perjalanan menuju ke rumah majikanmu. Aku telah membuatmu rugi kerana kecacatanku,’ kata tempayan itu.

Si pengangkut air berasa kasihan pada si tempayan retak itu, dia berkata, ‘Jika kita kembali ke rumah majikanku esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.’ Ketika mereka naik ke bukit, tempayan retak memerhatikan dan menyedari ada bunga-bunga indah disepanjang sisi jalan hingga membuatkannya sedikit terhibur. Namun, diakhir perjalanan, dia kembali sedih kerana mendapati isinya tinggal separuh akibat kewujudan keretakan pada badannya. Lantas tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kecacatannya itu.

Melihat rasa bersalah tempayan itu, si pengangkut air berkata, ‘Apakah kamu memerhatikan disepanjang jalan sebelah sisimu terdapat bunga-bunga yang subur mekar, sedangkan tidak ada sekuntum bunga pun yang wujud di sisi tempayan yang satu lagi disepanjang perjalanan. Hal ini demikian kerana aku selalu menyedari akan cacatmu lalu aku memanfaatkannya. Aku telah menanam biji-biji bungan disepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari perigi, kamu mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini kau telah berjasa kerana aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja rumah majikan kita. Tanpa kamu dan kecacatan yang ada ini, sudah tentu majikan kita tidak dapat menghias rumahnya seindah sekarang.’ Tempayan retak itu kemudiannya berfikir tentang kekurangannya itu juga merupakan satu kelebihan jika ia dimanipulasikan dengan bijaksana dan berhikmah.

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kelemahan dan kekurang sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah berkuasa memanfaatkan kekurangan yang ada pada kita untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia lain dan makhlukNya. Di sisi Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada suatu perkara pun yang ditakdirkanNya terbuang percuma atau sia-sia. Oleh itu, jangan rasa bersalah, takut, atau rendah diri terhadap kekurangan atau kecacatan yang ada pada kita. Apa yang penting ialah kita cuba berusaha mengenali setiap kelemahan itu dan pastinya kita juga menjadi sebahagian daripada hikmah keindahan ciptaan Allah. Ketahuilah bahawa dalam setiap kelemahan, kita juga boleh menemui kekuatan dengan izin Allah SWT…

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Untuk Mu Sahabat~

Pada suatu hari,
seorang wanita muda yang baru
saja menikah mengunjungi ibunya, Mereka duduk
di sebuah sofa dan menikmati segelas air teh
dingin.Ketika mereka sedang berbincang-bincang
mengenai kehidupan,pernikaha n,tanggung jawab
dalam hidup serta kewajiban, sang ibu dengan
perlahan menaruh sebongkah es batu ke dalam
gelasnya dan menatap wajah anak perempuannya .
“Jangan lupakan sahabat-sahabat wanitamu.”
nasihatnya, sambil mengaduk-ngaduk daun teh di
bawah gelasnya.
“Mereka akan menjadi orang yang penting bagimu
ketika usiamu makin tua.Tidak peduli seberapa
dalam kau mencintai suamimu, seberapa
banyak anak-anak yang kau miliki, kau masih
tetap harus memiliki sahabat wanita.
Ingatlah untuk berjalan-jalan bersama mereka,
melakukan hal bersama- sama dengan mereka.
Dan ingat bahwa mereka bukan hanya sekedar
sahabat wanitamu, tetapi mereka akan menjadi
saudara, anak dan yang lainnya. Kau akan
membutuhkan sosok wanita yang lain. Wanita
selalu begitu.”

“Sungguh nasihat yang aneh,” pikir si wanita
muda. “Bukankah aku baru saja menikah?
Bukankah aku baru saja bergabung dalam dunia
pasangan-pasangan muda? Sekarang saya adalah
seorang istri, orang dewasa,bukan anak
perempuan kecil yang memerlukan teman main
perempuan lainnya!
Tentu saja keluarga yang akan kami bina dapat
membuat hidup saya lebih berarti.”
Tetapi, ia mendengarkan nasihat ibunya; ia terus
berhubungan dengan sahabat-sahabat wanitanya
dan bertemu dengan semakin banyak sahabat
setiap tahun. Ketika tahun demi tahun berlalu, ia
mulai merasakan betapa benar nasihat yang
diberikan ibunya. Ketika waktu dan keadaan
mengubah keberadaan mereka sebagai wanita
dengan segala misterinya, sahabat-sahabat
wanitanya tetap berada dalam kehidupannya.
Setelah hidup selama 50 tahun dalam dunia ini,
inilah fakta-fakta yang saya dapatkan dari
memiliki sahabat wanita:
Sahabat wanita akan menjaga rahasiamu.
Sahabat wanita akan memberikan nasihat ketika
kau membutuhkannya.
Sahabat wanita tidak selalu mengatakan apa yang
kau lakukan benar, tetapi mereka bersikap jujur.
Sahabat wanita akan terus mengasihimu,
meskipun ada perbedaan pendapat.
Sahabat wanita akan tertawa bersama-sama
denganmu, dan lelucon kosong sama
sekali tidak diperlukan hanya untuk sebuah tawa.
Sahabat wanita akan menolongmu keluar dari
hubungan-hubungan yang buruk.
Sahabat wanita menolongmu mencarikan rumah
tinggal yang baru, membantu mengepak barang
dan pindah.
Sahabat wanita akan membantu membuat sebuah
pesta untuk anak-anakmu mereka menikah
atau memiliki anak, manapun yang lebih dulu
terjadi.
Sahabat wanita akan selalu berada di sampingmu,
dalam suka maupun duka.
Sahabat wanita akan menempuh badai, topan,
panas, dan kegelapan untuk mengeluarkan kau
dari keputusasaan.
Sahabat wanita akan mendengarkan ketika kau
kehilangan pekerjaan atau seorang kawan.
Sahabat wanita akan mendengarkan ketika anak-
anakmu mengecewekanmu.
Sahabat wanita akan menangis bersamamu ketika
orang yang dikasihimu meninggal.
Sahabat wanita menghiburmu ketika kau
dikecewakan oleh banyak dalam
kehidupanmu.
Sahabat wanita membantumu untuk bangkit
kembali ketika pria kau cintai pergi
meninggalkanmu.
Sahabat wanita senang ketika mereka melihatmu
bahagia, dan bersedia mencari dan melemparkan
apa yang tidak membuatmu bahagia.
Waktu berlalu…Kehidupan berjalan..
Jarak memisahkan.. .Anak-anak beranjak dewasa..
Cinta hilang dan pergi..Hati yang hancur..
Karir berakhir..Pekerjaan berganti..
Orang tua meninggal..Rekan- rekan melupakan
kebaikan..
TETAPI, sahabat-sahabat wanita akan terus
mendampinginmu, meskipun waktu dan jarak
yang terpaut sangat jauh. sahabat wanita tidak
akan lebih jauh dari orang-orang yang
membutuhkan.
TERIMA KASIH SAHABAT….. ……

Something About You


Ever since happiness heard your name, it has been running through the streets trying to find you.



Love recognizes no barriers. It jumps hurdles, leaps fences, penetrates walls to arrive at its destination full of hope.


All the interests of my reason, speculative as well as practical, combine in the three following questions: 1. What can I know? 2. What ought I to do? 3. What may I hope?only you....

Monday 18 April 2011

I don’t want a boyfriend, I just want someone I know I can talk to everyday no matter what and know that they are always there for me.

kisah Cili

--- : cuba kamu teka cili ni pedas atau tidak
? : sepatutnya pedas tapi kamu boleh tahan pula
--- : ya ' memang pedas tapi saya sengaja bertahan
? : kamu tipu sebenarnya ia tak pedaskan
--- : kalau kamu mencurigai kamu cubalah sendiri
? : macam mana jika ia pedas
--- : kalau begitu jangan larh cuba
? : secara jujur,,,, bagi tahu saya
--- : secara jujur ada banyak hal rasanya lebih selesa jika tidak diketahui
? : tidak saya nk tahu sama ada ia pedas atau tidak
? : agrhhhhh pedasnyaaaa
? : saya mengagumi
--- : lihat hanya berpura - pura sahaja,, biar pun pedas katakan ai tidak pedas ,,
biar pun sakit tapi katakan ia tak sakit ,, biar pun suka katakan tidak suka ,,, tu saja ...
tapi cili itu memang pedas,,,,


---- setiap org pernah merasai menyakiti atau disakiti , , , jadi adakah orang disekelilang kamu tahu betapa sakitnya hati ini dikhianati dan mengkhianati,,, seberapa sakitnya ,, bersabarlah ,,, --- itu semua kata kata pembohongan muka tembok ---- peace,,,!!!


Copy by : akmal amrun.

Saturday 16 April 2011

Life is full of fake people~

Petang yang damai..maklum la suasana kampung n hidup pun di kampung halaman nenek..tak sihat da masuk 3 hari,urat kat tengkuk kejang..sakit nya hanya Allah saja yg tahu..but now,da kurang skit..cuma xpulih sepenuh nya..doctor xbagi urut,sbb dkt dgn salur darah..tp ada setgh org suruh urut,sbb takut darah beku..smlm aku bdegil jugak aku pergi berurut,sbb da xbleh tahan sgt..da urut pun sama jugak..xkurang lg..masih nampak bengkak dia.. :'( ermmm..sunyi plak ptg nie..tggal aku dgn nenek jek..kakak n spupu aku keluar..byk yg aku nak luah kan di sini.. Tp xsemua dapat aku catat kan di sini. Td aku tbukak FB c A.., tertengok pic kawen die..wlupun pic tu da lama..tp rasa mcm smlm jek blaku smua tu..ntah lah..xde niat puun nak ungkit kisah lama..da 3,4tahun blalu..aku ckp kat dri sndri aku bleh lupa kan dia,tp hakikat nya..smpai skrg skit pun aku xmampu nak padam smua kenangan tu..kdg2 rasa mcm menipu diri sndri pun ada..bkn xnak cr pganti..da cuba,tp aku sndri xdpt nk yakin kan dri aku dgn cinta baru..tp nie la smua khidupan..laluan yg aku sedang lalui~ hanya mampu tersenyum pada takdir,dan hakikatnya..suatu hari nanti pasti takdir aku tersenyum pada ku.. :)hidup xsemudah yg di sangka..perbohongan berlaku dimana2 saja skrg.. :) yg pasti, jangan mudah mgalah dan mgambil kesempatan atas kesusahan org lain..

Friday 15 April 2011

Greetings and daily expressions in Japanese.

Good morning - ohayoo gozaimasu
Good afternoon - konnichi wa
Good evening - komban wa
Good night - oyasumi nasai
Good bye - sayoonara,itte irasshai
Welcome - irasshaimase, yookoso
Happy new year - akemashite omedetoo gozaimasu
Happy birthday - otanjoobi omedetoo gozaimasu
Give my regards to your parents - goryooshin ni yoroshiku
Congratulations - omedetoo gozaimasu!
Thank you - arigatoo gozaimasu
You're welcome - doi ita shimashite
I am sorry - sumaimasen,gomenasai
How are you? - ogenki desu ka?
I'm well,thank you - okagesamasa,genki desu.
Do visit me - doozo,unchi e asobi ni kite kudasai
Please wait a moment - chotto matte kudasai
What is your name,please - onamae wa nan to iimasu ka?
How do you do - hajimemashite?

Me and broken heart

All of our young lives we search for someone to love, someone who makes us complete. We choose partners and change partners. We dance to a song of heartbreak and hope, all the while wondering if somewhere and somehow there is someone searching for us.

Wednesday 13 April 2011

its all about you..


miss u Mr.A..m

But u always make me hurt...even dgn satu perkataan saja yang keluar dari mulut c AA nie...c AA nie berdendam dgn aku ke??ingat kan semakin hari,perhubungan makin seronok..makin mesra..makin baik..tp ia jadi sebalik nya..hubungan semakin myakitkan ati..tp nama smua ni harus berlaku sedangkan ni bukan la satu hubungan yg 'pasti'!! Dan kenapa mangsa nya adalah aku???!!!dia duduk jauh..jadi talian sosial networking jek la tempat kami bhubung,tp satu hubungan tu jauh di mata adalah sakit di hati..ari nie chat pun smua nya myakitkan ati aku jek...utk apa dia buat smua ni kat aku??owhhh damn!!!I hate diz feeling la..!!smua nya myakitkan dan mbuat aku rasa sedih..xptt kan dia buat aku mcm nie :'( da la..mls nk layan perasaan smua nie..nnt makin di layan..ati sndri makin terluka...thanks pd yg memahami..dan thanks pd yg myakitkan ati nie..

Wednesday 6 April 2011

someone i love, but he's married to someone else~

memory 3 years ago~





letting go someone you love~









I can't seem to erase all the memories of you. No matter how hard I try it's something I can't do...~

i have nothing..

2.08am trima kol dari dia..ermmmm setelah mhilangkan diri beberapa bulan yang lalu..baru sekarang muncul kembali..apa makna semua ni?kau datang dan pergi saja..dan aku terima apa ada nya..hehehe myanyi la plak kan..!! Ermmm..mood geram+sedih+appy=PUAS!! Aku da jumpa jawapan utk sekian lama nya aku pendam kan sambil mbelenggu dri aku sndri..btw,aku sebenarnya xtau nak cakap apa..aku trima seadanya klu itu yg dia nak..yes...u r rite dear..its all my mistakes! Bleh di ambil kira ayat 'I love u' bg nya syg xsemestinya cinta..but y u xckap 'I like you'??? Bkn ke itu lg elok sebenar nye??but knapa mesti u say u luv me??!! But da same times u xbermaksud apa yg u da ckp kan??bleh ke mcm tu??damn!!u make me hurt!!! 3 tahun lebih aku kosong kan jiwa aku,hati aku..n aku xpnah bukak ati aku utk trima cinta dr sapa2 lg stelah apa yg blaku dlm idup aku 3 tahun yg lalu. Kerna tdak semudah apa yg di sangka..apa yg di nampak n apa yg di rasa..sbb hanya aku dan DIA saja yg tau apa yg aku lalui selama nie..tp xsangka,ati yg selama 3tahun lebih ttutup nie akhir nya tbukak juga selepas dgr ungkapan keramat tu dr kau sndri..wlupun msa tu aku xdpt balas dgn kata2,tp dlm ati nie tuhan saja yg tau!!wlupun terkelu sekejap..yg pasti waktu tu aku bkn berada didalam alam mimpi lg..hakikatnya adalah realiti!! Satu ungkapan yg bisa dpt meluntur kan ati yg pnah di kunci dlu~ tp apa yg mgecewakan aku adlah apa yg di ungkap xsama sperti yg ku maksud kan...!! Utk MR.A thanks for everythg!!rasa mgantukkkk better tdo adalah cara tbaik utk mhentikan titis2an smua nie..titisan tnpa makna bg nya!!I don't have nothing to regret at all in the past, except that I might've unintentionally hurt somebody else or something..so sorry!~

Kekurangan itu lah kelebihan~

Seseorang pernah berkata kepadaku:

"Kekurangan saya kadangkala adalah kelebihan saya."

Kerana kata-katanya itu, hingga kini, aku menerimanya seadanya.

Kerana kita kena sendiri sedar akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Aku tak secantik orang lain sampai setiap kali orang asyik nak ambil gambar aku atau bila orang lain pandang dia jalan sampai tergolek tersepak batu. Tambahan, aku juga tak punya harta yang banyak,maklum saja..anak yatim piatu kan .

Kerana kekurangan yang kita ada, tanpa kita sedar, kita akan selalu mengeluh, rendah diri, sedih dan malu untuk berhadapan dengan orang yang lebih sikit daripada kita. Kita jadi takut untuk mencabar diri kita untuk menunjukkan siapa diri kita, apa kemampuan yang kita ada, malah kita langsung tak mahu berusaha menjadi lebih baik daripada diri kita sekarang.

Aku ambil satu kisah yang pernah di cerita kan oleh seseorang sahabat... Ceritanya, dia ada seorang makcik yang pekak. Makciknya ini memang pekak dan tak boleh mendengar, maka dia juga bisu sejak daripada lahir. Oleh kerana dia tinggal dengan keluarga yang kurang berkemampuan, dia langsung tak pernah bersekolah lantas langsung tidak tahu berbahasa isyarat, apatah lagi membaca dan menulis. Jadi untuk berkomunikasi dengannya, kita kena tunjuk dengan perbuatan supaya dia faham apa yang kita nak beritahu kepadanya.

Contohnya untuk makan, kena buat aksi menyuap makanan ke mulut. Nak beritahu warna, tunjuk kepada baju atau apa-apa warna yang ada di sekeliling kita. Hakikatnya aku sendiri kurang arif macam mana payahnya untuk berkomunikasi dengan orang yang pekak dan bisu yang langsung tidak tahu bahasa isyarat sebab aku sendiri tak pernah belajar cara-caranya. Tapi aku dapat rasakan, mesti payah untuk orang lain berkomunikasi begitu dan orang-orang tersebut mesti ada kesabaran dalam melayan dia yang langsung tak mampu bercakap dan mendengar.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, makciknya jatuh hati kepada seseorang. Aku tak pasti macam mana temanku ini tahu apa yang hendak disampaikan oleh makciknya itu. Tapi mungkin sebagai anak saudara yang sudah lama tinggal dan hidup dengan makciknya, dia dapat menangkap apa yang makciknya cuba untuk sampaikan.

Pada ketika itu, cubalah anda bayangkan, bagaimana seorang yang bisu dan pekak, hendak menyampaikan isi hatinya yang tiada siapa pernah dengar, tahu dan mengerti kecuali Allah s.w.t. Dia menjerit-jerit ingin memberitahu perasaannya, tapi malangnya dia tak tahu bagaimana caranya. Dia menangis-nangis kerana perasaannya itu, tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Manakala anak saudaranya yang pada ketika itu masih ‘bawah umur’ juga juga tak tahu macam mana nak bantu makciknya ketika itu.

Dengan menggunakan ‘ilmu’ budak sekolah rendah, anak saudaranya itu hanya mampu menolong menulis surat cinta untuk membantu makciknya. Dalam usia yang masih muda, apalah sangat ayat-ayat cinta yang dapat dikarangkan di dalam surat itu. Itu belum fikir bahagian ‘tulisan’ kanak-kanak lagi. Adakah dengan cara tersebut, isi hati makciknya itu dapat diertikan kepada si dia yang dia suka?

Bila mendengar kisah duka ini, kami langsung menangis bersama-sama. Kami menangis, kerana kami boleh berkata-kata, kami boleh luahkan apa yang kami rasa malah kami boleh dengar luahan rasa antara kami. Berbanding dengan makciknya yang serba kekurangan. Nak luah isi hati, tapi tiada siapa yang mampu dengar dan fahami.

Lebih sedih, kata doktor beberapa bulan yang lalu, sebelah matanya sudah buta kerana diselaput benda. Sedihnya dia pekak dan bisu, tak mampu memberitahu orang lain yang dia tak nampak sebelah mata. Kalau kita yang mata masuk habuk ni, habis satu rumah tahu! Siap ramai yang tolong tiupkan. Tapi dia…

Kekurangan yang dia miliki tak membuatkan dia sekali pun mahu mengalah dalam hidup. Dia masih meneruskan rutinnya, tinggal di rumah sambil menjaga neneknya yang sudah tua. Dia pandai menguruskan rumah. Pandai mengemas, memasak dan semua yang dilakukannya teratur. Ternyata, di sebalik kekurangan yang dia ada, dia juga punya kelebihan tersendiri yang mungkin tak semua orang yang ‘sempurna’ ada, betul tak?

Untungnya dia yang pekak dan bisu juga, tak dia dengar hal-hal fitnah di sekeliling. Tak juga turut serta dalam ‘mesyuarat tingkap’ atau gosip antara kita. Malah dia juga dijauhkan daripada berkata nista dan yang sia-sia. Tapi kita yang sempurna dan boleh berkata-kata dan mendengar inilah yang menggunakan kelebihan berkata-kata dan mendengar ini untuk benda yang boleh menambah dosa.

Pernah tak terfikir, kadang-kadang mesti ada juga orang yang cemburu dengan kekurangan yang kita ada. Contohnya kita punya suara yang kuat bila bercakap. Itu mungkin kekurangan bagi sesetengah orang yang malu sebab apa kita nak cakap, satu Malaysia dengar. Tapi kelebihannya, kita dapat sampaikan apa yang kita nak cakap dengan jelas dan dapat didengari oleh semua. Bila kita tak cantik pada luaran, hakikatnya Allah s.w.t telah sorokkan bahagian yang cantik itu di sebalik diri kita dan hanya orang yang ‘tertentu’ atau istimewa saja yang boleh lihat. Untung tak?

Jadi dah nampakkan kenapa kita perlu bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang kita ada? Kenapa kita mesti cemburu dengan kelebihan orang lain kalau kita sendiri ada keistimewaan sendiri. Selongkar, selami dan hayati diri sendiri apa yang tersorok dalam diri, bangkit majukan diri dan jangan mengalah untuk hidup walau seinci!

"Berkemungkinan yang kamu cintai itu terselit KEBURUKAN di dalamnya dan berkemungkinan yang kamu benci itu terselit KEBAIKAN di dalamnya."